KUCHING: Perbincangan bagi menyelaraskan isu berkaitan hasrat Sarawak untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan Persekutuan akan diperincikan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada awal Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 berkata inti pati taklimat mengenai perancangan untuk menukar status pelabuhan itu oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang diadakan semalam juga akan diusulkan dalam mesyuarat itu.
"Hasrat Sarawak supaya pelabuhan itu dijadikan 'single entity'.
"Jadi, saya akan bawa (inti pati) taklimat (oleh Uggah) semalam dan akan memanggil jawatankuasa untuk bermesyuarat serta mendapat panduan arah daripada Perdana Menteri.
"Mesyuarat akan diadakan pada minggu pertama atau kedua Julai ini.
"Isu pengambilalihan pelabuhan ini dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) tetapi belum ada mesyuarat dilakukan berkaitan perkara tersebut jadi saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 akan mengadakan mesyuarat bagi selaraskan hasrat kerajaan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'MyKasih Love My Neighbourhood' bagi Parlimen Petra Jaya di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, media melaporkan permintaan Sarawak untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu bertujuan menjadikannya sebahagian daripada kluster pelabuhan negeri yang akan dikawal selia oleh pihak berkuasa pelabuhan pusat.
Beliau berkata penukaran status pelabuhan untuk dikembalikan kepada Sarawak adalah bersesuaian dengan perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak yangmeletakkan pelabuhan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata beliau akan mengadakan lawatan kerja selama lima hari ke Kenya dari 3 hingga 7 Julai memandangkan negara itu menjadi antara pintu masuk Malaysia untuk mengembangkan pengeksportan minyak sawit ke benua Afrika.
"Kenya berpotensi menjadi titik kemasukan sebab berdekatan negara itu ialah Tanzania dan sebagainya. Jika lihat pada 2022 eksport minyak sawit ke Kenya adalah 1.2 juta tan, satu jumlah yang agak besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023
FADILLAH: Hasrat Sarawak supaya pelabuhan itu dijadikan 'single entity'. -Gambar fail
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masya
Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
Kerajaan muktamad penggunaan kod QR selepas tamat tempoh percubaan - Fadillah
Fasa pertama Sistem Kod QR itu yang melibatkan warganegara Malaysia di BSI dan KSAB bagi mod perjalanan bas dan motosikal akan mula dilaksana bermula Sabtu ini.
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
Kerajaan sasar 40 peratus tenaga diperbaharui dalam campuran bahan api negara menjelang 2035
Kerajaan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40 peratus dalam campuran bahan api negara menjelang 2035, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Fadillah berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).